Friday, March 5, 2010

NWICO


Apakah NWICO?

NWICO adalah satu tuntutan mengenai ketidakseimbangan pengaliran maklumat antarabangsa. Tuntutan ini adalah di antara utara (negara perindustrian, kapitalisma, kaya informasi) dengan selatan negara dunia ke-3. Negara dunia ke-3 menuntut daripada negara dinia pertama. NWICO, isu yang diperdebatkan di UNESCO berhubung informasi global yang menuntut “decolonization of information” iaitu pengaliran maklumat yang lebih seimbang, hak kedaulatan dan kebebasan penggunaan sumber semulajadi yang didominasikan oleh informasi dari Barat. New World Information and Communication Order (NWICO) adalah di mana masyarakat dunia ketiga yang baru bebas daripada cengkaman kolonialisme telah menyuarakan panadangan tentang ketidakseimbangan dan ketidaksetaraan (imbalances and inequalities) pengaliran maklumat dunia.

Adakah tuntutan NWICO berjaya?

Tuntutan NWICO tidak berjaya kerana, maklum balas negara barat seperti Perancis, Jerman, UK tidak mempunyai jawapan yang jelas dan lebih cenderung menyokong Amerika Syarikat menetang NWICO dengan mempertahankan pengaliran bebas maklumat. Dimana, negara Barat menyokong bahawa keseimbangan wujud diperingkat antarabangsa. Selain itu, tidak wujud stereotaip dalam penghantaran informasi antara negara dunia pertama dengan dunia ketiga. Selain itu, negara Amerika Syarikat secara global menguasai pasaran dunia. Maka, negara-negara timur dan selatan terlalu bergantung dari sudut ekonomi. Sekiranya, menunjukkan penentangan dengan Amerika Syarikat maka kesan adalah lebih tinggi. Seterusnya, ahli politik, pembuat dasar, wartawan dan komuniti perniagaan mempunyai agenda dan kepentingan simbolik dengan cuba mendapatkan ”Advantage” daripada pengaruh kuat Amerika Syarikat ke atas Negara dunia ke-3 (ND3). Barat melihat NWICO sebagai helah dunia negara ketiga cuba menghapuskan kebebasan media, mengambil kesempatan ke atas proses penapisan dan menjahui wartawan asing. Barat mempertahankan bahawa mereka melapor apa yang realiti di negara duni ketiga iaitu ketidakstabilan politik, kejatuhan ekonomi, malpetaka semulajadi mengikut obkektif kewartawanan.

Barat melihat dakwaan UNESCO menerusi pertikaian ini adalah melanggar objektif informasi dan komunikasi antarabangsa. Walaubagaimanapun isu ketidak seimbangan pengaliraran informasi dan tuntutan NWICO ini berlanjutan dan kekal menjadi isu yang kontroversi di setiap persidangan UNESCO. Kebanyakkan Negara-negara membangun masih tidak menpunyai kekuatan ekonomi, kepakaran teknologi untuk memaksa perubahan ke atas keaadaan yang wujud. Sebagai contoh kekurangan tersebut menghadkan keupayaan ND3 untuk menghasilkan filem-filem yang bermutu dan menarik seperti filem-filem dari luar Negara. Akhirnya ND3 terpaksa juga mengimport filem-filem tersebut.
Suara ND3 tidak sampai ke ruang kerana terdapat masalah kelas dalam pengolakan dalam pergerakan NWICO yang bersekutu dengan barat yang terdiri daripada komuniti politik dan ekonomi yang mempunyai kepentingan serta terikat dengan TNC’s dan kumpulan media Amerika Syarikat. Masalah elit-elit tempatan yang mementingkan diri juga menyebabkan masalh pengaliran maklumat kekal. Sebagai, contoh menurut John Lent (1976), apabila indonesia membeli satelit ”Pulapa” yang beralasan bahawa sistem satelit digunakan untuk menyebarkan mesej yang berkaitan pembangunan Indonesia, sebenarnya kerajaan Indonesia merancang untuk mengunakannya untuk tujuan propaganda pilihan raya 1977. Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan pihak kerajaan Indonesia telah berpakat dengan perbadanan antarabangsa yang jual ”Pulapa” ini, kita selalu menyalahkan negara-negara barat dan perbadanan antarabangsa dan sering mengabaikan persetujuan elit-elit dalam negara-negara yang membangun dengan baik. Kita juga harus ambil kira dalam negara-negara membangun juga eksploitasi dan imperialis oleh elit-elit tempatan sendiri.

Oleh itu, NWICO masih kekal sebagai satu laungan tanpa banyak perubahan terhadap bantahan melainkan Negara membangun mula membina empayar sendiri dalam bidang ekonomi, teknologi dan kepakaran serta memperbaiki masalah-masalah dalaman yang wujud. Jadi perlu di lihat di sini bahawa semakin lama semakin banyak kebergantungan teknologi yang diguna pakai oleh Negara kedua dan ketiga melalui Negara maju iaitu Negara dunia pertama. Lebih-lebih lagi bagi Negara dunia ketiga yang terus berada dalam gengaman Negara-negara maju barat. Walaupun perindustrian di Malaysia agak maju, kemampuan industri malaysua agak masih ketinggalan dan kurang diberi perhatian sewajarnya. Kemampuan industri Malaysia masih tidak seimbang dan harus diutamakan dengan dasar setra institusi yang sesuai memandangkan masalah serta cabaran yang perlu dihadapi. Maka seluruh sistam pembanggunan yang kita import dari dunia lain itu hendaklah dirombak seluruhnya dan digantikan dengan satu acuan baru yang pelbagai dimensi.

No comments:

Post a Comment