Kewujudan teknologi ini sudah cukup untuk melengkapkan kehidupan manusia terutama kepada golongan belia yang sangat peka terhadap pertumbuhan teknologi ini. Tanpa penggunaan teknologi ini mungkin golongan belia tidak dapat menyesuaikan diri kerana teknologi komunikasi adalah salah satu keperluan dalam hidup mereka. Golongan belia perlu menyiapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan arus peredaran zaman sekarang. Hal ini juga boleh mengelakkan belia daripada terpinggir terhadap penerimaan kewujudan teknologi.
Belia merupakan golongan yang begitu komited terhadap setiap perkembangan terbaru teknologi. Kini golongan belia banyak menggunakan aplikasi teknologi seperti internet dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu boleh dikatakan belia banyak meyelesaikan kerja atau berkomunikasi secara maya atau ‘on-line’. Corak kehidupan online ini bukan sahaja untuk aspek pendidikan bahkan kerjaya dan untuk komunikasi antara satu sama lain.
Maklumat dan berita yang disalurkan melalui internet juga boleh mempengaruhi pemikiran belia. Malah, kewujudan blog kini menjadi medium maklumat yang semakin popular untuk golongan belia menyuarakan pendapat dan pandangan mereka secara bebas tetapi masih terkawal. Kewujudannya tidak boleh dipandang ringan kerana peranannya cukup berkesan.
Dalam sektor pekerjaan contohnya ramai belia mengunakan aplikasi memohon kerja secara online. Contohnya untuk mengisi boring permohonan bekerja dengan sector awam mereka hanya perlu mengisi boring secara online sama ada dari rumah atau dari cyber cafe. Oleh itu semua proses untuk mengisi boring permohonan kerja menjadi lebih mudah.
Dalam sektor pendidikan pula dunia online sebenarnya bannyak membantu kerana pelajar dapat berkongsi pendapat melalui groups, e-mail dan lain-lain seperti facebook. Antara lainnya pula dunia online banyak menyediakan makluma dihujung jari pelajar. Oleh itu ia member kesan kepada belia contoihnya golongan belia sekarang boleh dikatakan lebih bijak dan up to date dengan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi di kalangan belia juga dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan ilmu dalam diri mereka agar mereka dapat membentuk sahsiah serta peribadi yang baik disamping mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dalam membentuk masyarakat masa kini.
Berlainan pula situasi apabila keputusan peperiksaan telah keluar, di mana pelajar berpusus-pusu ke cyber cafe untuk mnegisi boring untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau luar Negara. Mencari maklumat tentang university yang bersesuaian dengan mereka selain mencari informasi tentang pinjaman pendidikan yang ada. Semua proses ini dapat memudahkan pelajar mendapat lebih banyakn peluang untuk meningkatkan lagi tahap pelajaran mereka.
Selain untuk sektor pendidikan dan juga pekerjaan dunia online belia juga berkisar kepada permainan dan komunikasi dengan orang lain. Contohnya untuk melepaskan tekanan ditempat kerja atau sekolah mereka gemar untuk bermain secara online dimana ia lebih mencabar dan menarik. Manakala sebahagian besar belia lebih gemar bersembang dan berbincang dengan rakan yang tidak dikenali secara online.
Pada masa kini, penguasaan belia di dalam ICT bagaikan satu perkara yang amat penting. Kepentingan di dalam penggunaan teknologi maklumat telah menyebabkan belia, terutama sekali pelajar IPTA dan IPTS sedar akan kewujudan teknologi maklumat telah banyak membantu mereka di dalam proses pembelajaran dan dalam pencarian maklumat tambahan. Dengan perkembangan ICT, pelajar IPT tidak perlu runsing dalam carian maklumat mengenai tugasan kerana dengan capaian menerusi internet, maklumat boleh diperoleh dengan cepat dan tepat, berbanding dengan 20 tahun dahulu di mana maklumat hanya diperolehi dari perpustakaan dan majalah-majalah tertentu sebagai rujukan.
Penerimaan belia terutama pelajar IPT terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian perlu bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini termasuklah minat mereka di dalam ICT, pendirian mereka mengenai sejauh mana ICT dapat mengubah atau membantu mereka dalam aktiviti harian dan sebagainya. Kini, penguasaan ICT di kalangan belia adalah sangat memberansangkan di sebabkan kebanyakan belia menggunakan ICT sebagai medium dalam menyalurkan maklumat serta carian maklumat.
Walau bagaimanapun, pengusaaan di dalam ICT dapat membantu para graduan dalam mencari jawatan kosong dalam bidang pekerjaan. Dengan wujudnya laman web seperti JobStreet, JobSeeker dan sebagainya dapat memudahkan lagi para graduan untuk mencari pekerjaan. Malah, pengisian borang untuk jawatan-jawatan kerajaan juga boleh diisi menerusi laman web. Faedah dalam penguasaan ICT sememangnya memberi pulangan kepada belia yang dapat menguasainya untuk memajukan diri mereka. Penguasaan di dalam Bahasa Inggeris bukan lagi menjadi alasan kepada belia untuk mempelajari ICT disebabkan terdapat banyak laman web dan juga software dihasilkan dalam Bahasa Melayu.
Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT banyak mendorong para belia untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis. Ini dapat dilihat melalui penghasilan blog di mana belia semakin berani bersuara akan sesuatu isu, terutama isu yang melibatkan kemanusiaan. Kepekaan serta pandangan belia tentang sesuatu isu secara kritis dapat membuktikan kematangan mereka dalam menyumbangkan idea. Bukan itu sahaja, penguasaan belia di dalam ICT semakin mantap menerusi penyertaan pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia di dalam pertandingan Robocon Malaysia yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari 64 kumpulan daripada 31 pusat pengajian seluruh Malaysia. Pemenang bagi pertandingan ini telah mewakili Malaysia di dalam pertandingan bertaraf dunia iaitu Abu Robocon 2008 di Pune, India. Pengetahuan mengenai ICT telah membuka mata masyarakat bahawa penciptaan robot bukan sahaja diaplikasi di negara-negara maju, malah negara yang sedang membangun seperti Malaysia juga mampu melahirkan para belia yang berkebolehan dalam penciptaan robot.
Benarkah belia sekarang peka terhadap dunia online?
Namun, walaupun remaja sekarang lebih mementingkan teknologi masih juga terdapat belia yang tidak peka terhadap kemajuan teknologi ini. Ini kerana mereka tidak didedahkan dengan penggunaan bahan teknologi ini. Belia dari kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak contohnya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia online. Ini kerana infrastruktur dan tuntutan seharian mereka tidak memerlukan mereka menggunakan e-mail setiap hari contohnya. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan BeliMalaysia, dikalangan 1,936 orang generasi muda berumur 15 hingga 26 tahun menunjukkan 58% menyatakan mereka mahir menggunakan internet. Bagi generasi muda masa kini, teknologi bukan sekadar gadget atau maklumat tetapi ia sudah menjadi satu keperluan dan kemestian sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Pandangan belia terhadap dunia online..
Sememengnya sebagai belia terdapat pelbagai pandangan positif dimana dunia online merupakan satu keperluan pada mereka kini. Ini didorong oleh kehidupan mereka yang memerlukan semua kerja dilakukan dengan cepat dan pantas. Berbanding pula belia yang menyatakan bahawa dunia online ini hanya merosakkan belia kerana hanya menggunakan kemudahan online untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bersembang kosong dan sebagainya yang membawa kelalaian terhadap tanggungjawab mereka.
Kesimpulannya, kewujudan teknologi ini banyak membawa kebaikan kepada cara hidup golongan belia. Belia kini sudah mampu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan dan kemahiran. Hal ini disebabkan oleh desakan hidup mereka yang seiring dengan peredaran zaman sekarang. Belia perlu menyiapkan diri mereka dengan pelbagai jenis pengetahuan supaya mereka setanding dengan golongan remaja dari negara lain. Ini juga boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara kerana belia adalah aset utama dalam pembangunan negara kita. Mereka perlu menyeimbangkan penggunaan teknologi supaya tidak menjurus ke arah keburukan yang boleh menjejaskan identiti mereka sebagai belia Malaysia. Oleh sebab itulah, belia perlu bijak menggunakan teknologi yang ada supaya mereka mendapat faedah daripada kewujudan teknologi tersebut. Belia perlu bijak mengatur masa hadapan mereka supaya mereka menjadi belia yang cemerlang dan berkualiti.
No comments:
Post a Comment